19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Insiden paling malang di Dun Selangor

Berita
Typography

KOTA BHARU: Percanggahan Speaker DAP Dun Selangor, Ng Suee Lim dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya berlaku memandangkan Speaker dilantik oleh Menteri Besar, Amirudin Shari.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apabila sesuatu keputusan telah dipersetujui dalam mesyuarat sepatutnya dipatuhi oleh Speaker.

“Dan apabila Speaker memendekkan persidangan menyebabkan pindaan usul tidak boleh dibuat ia menjadi insiden paling malang dalam Dun Selangor," katanya di sini.

Krisis yang berlaku di Selangor baru-baru ini timbul apabila cadangan pindaan enakmen bagi memberi peluang kepada penukaran agama secara sepihak kepada Islam dibawa Amirudin ditolak Speaker.

Ng dilapor mengketepikan rang undang-undang itu dengan menolak untuk menandatangani sebuah dokumen untuk dibentangkan. Dia kemudian mengakhiri sidang Dun Selangor lebih awal.

Tuan Ibrahim juga berkata, situasi yang berlaku di Selangor menggambarkan hilang fungsi dewan itu sendiri dan ia tidak sepatutnya berlaku. - HARAKAHDAILY 9/8/2019