19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Islam liberal jadi cabaran ummah

Peserta melimpah sehingga ke luar dewan KTC.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Umat Islam perlu memanfaatkan media sosial sebagai medan untuk menyebarkan kebenaran agama Islam kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, umat Islam perlu menggunakan media sosial untuk menyebarkan kemurnian Islam ketika pihak tertentu memburukkan Islam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Ladies Talk sempena Jelajah Dr Naik ke Kelantan 2019 Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), petang ini.  

Turut berucap isteri dan anak-anak Dr Zakir iaitu Farhan Naik, Zikra dan Rusyda.  

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, cabaran umat Islam sekarang berdepan Islam liberal yang perlu ditangkis.

"Ideologi tersebut begitu bahaya kerana ia akan mengendurkan pegangan umat Islam terhadap pencipta dan ajaranNya," ujar beliau.

Zikra Naik pula mengingatkan anak anak muda supaya berhati-hati memilih sahabat kerana boleh merosakan kehidupan mereka.

Katanya, Rasulullah s.a.w. mengingatkan memilih sahabat seumpama memilih air wangi atau tukang besi.
 
"Jika memilih yang baik ia seumpama air wangi dan begitulah sebaliknya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengupas tajuk ceramahnya 'Siapakah Sahabat Sejati Kamu'.

Rusyda pula berkongsi dengan menjawab soalan peserta yang ingin mengetahui surah, juzuk dan muka surat berapa bagi sesuatu surah. – HARAKAHDAILY 9/8/2019