19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Anugerah Dai Ummah buat Dr Zakir Naik

Berita
Typography

KOTA BHARU: Sekali lagi sejarah baharu dicatat apabila Kelantan turut menganugerah Dr Zakir Naik di atas pencapaiannya dalam bidang dakwah.

Sebelum ini tokoh itu menerima anugerah daripada kerajaan Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Gambia dan Qatar.

Malah Malaysia turut menganugerah Tokoh  Maal Hijrah pada 2013.

Dengan penganugerahan malam ini menjadi Kelantan sebuah kerajaan terkini menganugerahkan kepada Dr Zakir.

Anugerah Dai Ummah disampaikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakub dengan disaksikan lautan rakyat Kelantan yang memenuhi segenap ruang Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.

Malah  Menteri Besar turut menyarung jubah kepada Dr Zakir sebagai satu penghargaan terhadap jasa besarnya dalam bidang dakwah di peringkat dunia.

Ketika berucap sebelum itu Menteri Besar melahirkan rasa terharu di sambutan luar biasa rakyat yang datang dari jauh dan dekat.

"Rakyat Kelantan begitu prihatin terhadap majlis ilmu dengan kehadiran tokoh ulama dari seluruh dunia," katanya.

Hadir sama pada program bersejarah itu Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Yakub, anggota Exco, Setiausaha Agung Umno Tan Sri  Annuar Musa, wakil wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.– HARAKAHDAILY 9/8/2019