19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Malaysia julang kejuaraan AFF bawah 15 tahun

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Malaysia muncul juara Kejohanan AFF Bawah 15 setelah bangkit dari ketinggalan menundukkan tuan rumah, Thailand pada perlawanan akhir di Stadium Kampus Chonburi, semalam.

Skuad Harimau Muda bimbingan P. Maniam itu mempamerkan aksi bertenaga dan permainan pantas yang menampakkan masa depan bola sepak negara akan terus menyinar.

Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir sebenarnya sudah cukup membanggakan rakyat Malaysia, namun lebih manis dengan dua jaringan gol yang dicipta dalam separuh masa kedua. 

Ketua Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia, Hafez Sabri dalam kenyataannya, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemain, jurulatih dan pihak pengurusan pasukan.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan negara dan berharap dapat melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkualiti dan hebat pada masa hadapan.

Sementara itu, beliau yang juga penyerang pasukan bola sepak sejak dibangku sekolah mengajak rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk menyertai pelbagai aktiviti DACS yang dianjurkan seluruh negara.

DACS Malaysia kini mempunyai 12 kelab mengikut minat anak muda termasuklah DACS Football Club (DFC) yang telah memulakan beberapa liga termasuk futsal di Selangor dan bakal diperluas ke seluruh negara. -HARAKAHDAILY 10/8/2019

IMG 20190810 WA0002