19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Muslimat teladani Salbiah hidupkan wakaf pendidikan

Berita
Typography

SEGAMAT: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh sempena lawatan kerjanya ke negeri ini turut tidak melepaskan kesempatan berkunjung ke Madrasah Ibnu Mas'ud, Gemereh, di sini kelmarin.

Malah, beliau turut bertemu muslimah gigih, Salbiah Ismail yang menjadi antara individu penting giat membangunkan institusi pendidikan tahfiz tersebut bersama keluarganya disebalik bertarung kanser dihadapinya.

Akuinya dalam nada sebak berkongsi dengan Nuridah, beliau mampu bertahan dengan Giant Cell Tumor sejak 19 tahun lalu hingga ke hari ini kerana mendapat dorongan kuat daripada suami dan anak-anaknya.

Terdorong oleh ketabahan dan kedermawanan Salbiah, Muslimat PAS Malaysia telah menghulurkan sumbangan dalam ziarah bersama Muslimat PAS Kawasan Segamat sambil meninjau persekitaran madrasah.

Sejak beroperasi dari tahun 2015 yang dibangunkan dari harta diwakafkan di atas tanah sekitar tiga ekar, institut pendidikan tahfiz itu terus berkembang termasuk kini mempunyai pondok moden untuk warga emas.

Walaupun sakit, Salbiah dan keluarga yang mengelola institusi itu di atas nama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Ibnu Mas'ud, tetap aktif terlibat dengan usrah dan mesyuarat bagi membantu urusan pendidikan dan hal ehwal pelajar.

Lebih dari itu, beliau turut mewakafkan rumahnya untuk ahli PAS mengadakan usrah dan program lain di mana keadaan kesihatan Salbiah yang semakin menyukarkan aktiviti harian, dijadikan pemangkin untuk terus membuat kebajikan. - HARAKAHDAILY 10/8/2019

IMG 20190810 WA0005