17
Tue, Sep
45 Artikel Baru

Wakil rakyat, pemimpin PAS beri bantuan awal

Berita
Typography

ALOR SETAR: Ahli Parlimen, Adun dan pemimpin PAS setempat bertindak dengan memberi bantuan awal kepada mangsa-mangsa kejadian ribut malam tadi.

Penduduk negeri ini dikejutkan dengan ribut kencang yang melanda hampir seluruh negeri ini sekitar jam 8.00 malam tadi.

Pantai Cenang, Langkawi antara kawasan yang paling teruk yang dibadai ribut di 11 daerah yang terlibat.

Di beberapa daerah dan tempat, berlaku kesesakan lalu lintas akibat pokok tumbang dan menghalang jalan. Walau bagaimana pun keadaan berkenaan terkawal menjelang awal pagi.

Ribut tersebut itu juga telah meragut nyawa seorang pengguna jalan raya di hadapan Masjid Sultanah Fatimah, Jitra, Kedah

Sementara itu dilaporkan tidak kurang 400 buah rumah mengalami kerosakan sama ada dihempap pokok, roboh dan bumbung diterbangkan angin.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya keadaan terkawal dan tiada pusat pemindahan yang dibuka.

Ribut tersebut juga turut melanda negeri-negeri utara Semenanjung yang lain seperti Perlis dan Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 10/8/2019

R2

R3

R5

R4