25
Sun, Aug
26 Artikel Baru

Hayati nilai AKIFI dalam ibadah Haji dan korban

Berita
Typography

Perjalanan menuju Baitullah dan Masyair

Dalam perjalanan menuju Baitullah dan Masyair yang lain, para tetamu Allah perlu membuat persiapan dari segi fizikal, mental dan juga material.

Begitulah juga dalam perjalanan menuju alam akhirat, kita perlu bersedia dengan bekalan ilmu dan amal soleh untuk menjalani kehidupan akhirat yang kekal abadi. (Alim)

Wukuf di Arafah

Wukuf di Arafah adalah perhimpunan terbesar manusia semasa di dunia. Para jemaah Haji menunggu dan melalui detik-detik itu dengan penuh kesabaran menahan ujian keperitan panahan matahari di Arafah.

Begitulah gambaran perhimpunan di padang Mahsyar kelak ketika kita semua menunggu saat perhitungan dengan mengharapkan keampunan daripada Allah.

Justeru, didiklah diri kita dengan sifat sabar dalam menghadapi segala ujian kehidupan dan sentiasa menyuburkan perasaan rajaa' terhadap pertolongan Allah. Sesungguhnya penantian dan keperitan di Mahsyar jauh lebih dahsyat daripada segala kepayahan hidup. (Sufi)

Pensyariatan korban

Tujuan pensyariatan korban ke atas Nabi Ibrahim agar menyembelih Ismail, anaknya yang amat disayangi, adalah untuk membersihkan hatinya daripada terpaut dengan apa jua kecintaan selain Allah. Baginda telah mengabaikan perasaan kasih dan cinta kepada anak demi kepatuhan dan cinta kepada Allah.

Mampukah kita para pejuang berkorban meninggalkan cinta kasih terhadap anak, pasangan dan kesenangan tubuh badan demi menyahut seruan bekerja untuk kemenangan agama Allah demi meraih cintaNya yang abadi? (Haraki)

Salam Aidil Adha

DR MARDHIYAH HAYATI SALLEH
Pengerusi Lajnah Dakwah
Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 11/8/2019