25
Sun, Aug
25 Artikel Baru

Ibadah korban erat ikatan warga Kg Talang Masjid

Berita
Typography
KUALA KANGSAR: PAS Cawangan Kampung Talang Masjid bersama warga masyarakat setempat telah mengadakan program tahunan gotong-royong ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha, hari ini.
 
Kehadiran ramai, terutamanya golongan muda ke program ini menjadi bukti wahana perpaduan yang kian subur berkembang dalam kalangan orang kampung, sekali gus menolak persengketaan politik.
 
Sebanyak lima ekor lembu dan seekor kerbau telah disembelih di mana dagingnya agihan kepada fakir miskin dan penduduk setempat pada majlis yang dilangsungkan di Markas PAS Kampung Talang Masjid, di sini.
 
Terdahulu, himpunan tersebut bergema dengan laungan takbir raya dan bacaan doa yang mengawali acara dipimpin oleh Ketua PAS Cawangan Masjid Talang Masjid, Ustaz Azhar Din.
 
Hadir sama memeriahkan aktiviti orang ramai di majlis ini adalah Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kawasan Kuala Kangsar, Ustaz Izam Jamiri Baharin.
 
Menurut Ustaz Izam, masyarakat Islam perlu menghayati hikmah disebalik ibadah korban yang bukan sahaja menyembelih haiwan ternakan, malah mengajar erti perjuangan para Pesuruh Allah.
 
Katanya, pengorbanan nyawa, jiwa raga dan harta demi menegakkan Islam menuntut sama umat untuk membuang ego dan dendam serta perbalahan demi untuk membela agama Islam yang dicintai ini.
 
Seru beliau, pengorbanan juga mesti dibuat dalam mengenepikan perbezaan politik yang wujud, sebaliknya meneguhkan silaturahim dan perpaduan ummah dalam kalangan masyarakat Islam bersaudara ini. - HARAKAHDAILY 11/8/2019
IMG 20190811 WA0024
 
IMG 20190811 WA0023