25
Sun, Aug
25 Artikel Baru

Penduduk meriahkan korban perdana di KOMTAQ

Berita
Typography

KUALA KRAU: Pusat Pengajian Kompleks Tahfiz Al-Qaradhawi (KOMTAQ) yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandar Temerloh telah mengadakan Majlis Korban Perdana di Kampung Kuala Kerdau, di sini.

Pengerusi KOMTAQ, Ustaz Kamal Ashaari berkata, pelaksanaan itu sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah dan mendidik diri dengan sifat pengorbanan serta memohon ibadah diterima Allah.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Krau dibantu peserta dan penduduk sekitar termasuk dari Kampung Ketam, Pekan Kerdau serta beberapa perkampungan lain.

Sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan sempena majlis bagi tahun ketiga ini di mana lima darinya disembelih oleh Ustaz Kamal sendiri dan selebihnya oleh para peserta yang gigih membantu.

Pada peserta dan penduduk setempat yang hadir menjayakan program tersebut juga menikmati roti canai ditebar langsung di situ sebagai sarapan pagi mereka di Hari Raya Aidil Adha ini.

Majlis yang dilaksanakan di pekarangan KOMTAQ di tepi Sungai Pahang ini turut dihadiri tenaga pengajarnya, Ustaz Hanafi Agus dan Ketua Penerangan PAS Kuala Krau, Mohd Fadzil Shafiie.

Semua kerja-kerja menyembelih dan melapah selesai sebelum waktu Zohor yang kemudian dagingnya diagihkan kepada golongan miskin sekitar serta para peserta korban itu. - HARAKAHDAILY 11/8/2019

IMG 20190811 WA0037

20190811 153146