25
Sun, Aug
26 Artikel Baru

AMAL tangani kesan Taufan Lekima di P. Pinang

Berita
Typography

KEPALA BATAS: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Pulau Pinang dengan kekuatan 55 anggota telah digerakkan di tujuh kawasan dilanda ribut ekoran Taufan Lekima yang membadai negeri ini malam kelmarin.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan, Balik Pulau dan Tanjong selain Kepala Batas di mana 308 pokok dikesan tumbang dan memerlukan pembersihan segera.

Menurut Pengarah AMAL Pulau Pinang, Baharin Ahmad, selain operasi memotong pokok yang menghalang jalan, kerja-kerja pembersihan turut diadakan di premis PAS dan institusi pendidikan PAS, serta rumah penduduk.

Malah, bersama masyarakat setempat yang membantu, hadir sama adalah Adun PAS Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah telah bertungkus lumus menangani kesan ribut tersebut, selain agensi-agensi kerajaan.

Manakala petang semalam, wakil Khidmat Malaysia, Johari Ismail bersama anggota AMAL dan Ustaz Mohd Yusni telah turun sekali lagi membuat lawatan dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa di sekitar Penaga.

Taufan Lekima yang melanda negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia dengan kelajuan angin direkodkan melebihi 100 kilometer sejam telah menyebabkan kerosakan teruk bangunan dan juga kematian. -HARAKAHDAILY 11/8/2019

IMG 20190811 WA0061

IMG 20190811 WA0058

IMG 20190811 WA0056