26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Majlis perasmian Muktamar ke-63 bermula

Berita
Typography

MAJLIS Perasmian Muktamar PAS ke-63 sedang berlangsung ketika ini dengan seluruh dif kehormat, kepimpinan utama dan perwakilan serta tetamu telahpun memenuhi ruang Dewan Dato' Fadzil  Nor di Kompleks PAS Kedah.

Kira-kira 10 minit lalu, Mursyidul Am, Tuan Guru Hashim Jasin, Timbalannya, Dato' Ahmad Yakob menyertai perarakan masuk ke dewan bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ketika ini, Pengerusi Tetap, Cikgu Hussin Ahmad sedang mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat antaranya Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat, Mustafa Kamil Ayub, tetamu luar negara dan veteran PAS.

Sidang muktamar usai menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS.

Sebentar lagi, majlis akan diteruskan dengan ucapan aluan Setiausaha Agung, Dato' Takiyudin Hassan. – HARAKAHDAILY 29/4/2017