20
Thu, Jun
39 Artikel Baru

Sejahtera bersama Islam tema ucapan dasar

Berita
Typography

UCAPAN Dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bakal dibacakan sebentar lagi bertajuk 'Sejahtera Bersama Islam'.

Ucapan dasar tersebut antara lain menggariskan beberapa solusi terhadap kemelut yang sedang berlaku dinegara ini antaranya ekonomi, politik dan budaya yang dimana harus disandarkan kepada Islam untuk penyelesaiannya.

Ucapan setebal 17 muka surat itu antara lain bakal menyentuh isu pilihan raya, pendekatan PAS dan menggariskan beberapa kerangka baharu dalam mendepani masalah ummah.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan dunia kini mengeluh kerana dikepung dan dikongkong krisis ekonomi, politik dan moral.  

"Kedengaran  rungutan  kezaliman  di sana-sini,  pencabulan  terhadap  hak asasi manusia, rasuah dan
merebaknya pelbagai jenis jenayah dan maksiat," kata beliau semasa membacakan Ucapan Dasar bertemakan Sejahtera Bersama Islam di Muktamar PAS ke063 dekat sini hari ini.

Kata beliau, agama dianggap urusan peribadi tanpa hidayah dan dipisahkan daripada urusan
duniawi.  

Sementara tambahnya, politik  pula  dianggap  urusan  dunia  dan  peluang  meraih  kepentingan  peribadi, keluarga dan puak.

Kata beliau, hari ini ekonomi negara yang diurus secara tidak adil telah mencetuskan kesusahan hidup rakyat apabila peluang pembahagian harta berpusing di kalangan orang tertentu sahaja, sehingga berlakunya salah guna kuasa dan harta negara diambil secara salah.

"Maka berlaku kebocoran daripada pendapatan negara, sedangkan majoriti rakyat  yang  berpendapatan  rendah  semakin  terbeban  dengan  harga  barangan keperluan yang makin meningkat," katanya lagi.

Menurut beliau, kerajaan pula mengambil penyelesaian secara mudah tanpa kajian mendalam dan menyeluruh,  lalu meningkatkan  kadar cukai  sedia  ada  atau melaksanakan  cukai baharu  seperti  GST.

"Maka  berlakunya  kesan  sampingan dengan  peningkatan  inflasi,  kekurangan  pendapatan  dan  sempitnya  peluang pekerjaan  sehingga  membebankan  kehidupan  rakyat  apabila  pendapatan  tidak lagi mampu  menampung  perbelanjaan  kos  sara  hidup  yang  tinggitabungan terjejas, dan hutang isi rumah melebar," katanya lagi.
.

Lebih parah lagi kata Tuan Guru Abdul Hadi, kadar jenayah berat yang membahayakan komuniti masyarakat semakin meningkat seperti merompak, membunuh, mencuri, menipu dan lain-lain.

Malah katanya masalah jenayah ringan seperti keruntuhan akhlak, merosakkan diri dan keluarga dianggap senarai yang dikemudiankan dan dipandang mudah.

"Oleh kerana negara kita  juga  berada  dalam  dunia,  maka kita tidak  terlepas  daripada  wabak  ini," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/4/2017