21
Sat, Sep
30 Artikel Baru

PAS Bangi korban 14 lembu, dibantu 26 Cawangan

Berita
Typography

BANGI: PAS Kawasan Bangi telah melangsungkan Majlis Korban Perdana dalam suasana penuh ukhuwah dan meriah dengan disertai 26 PAS Cawangan dari tiga Dun di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, di sini kelmarin.

Malah, sekitar 100 tenaga petugas ahli PAS menjayakan kerja-kerja sembelihan, melapah dan mengagihkan daging dari 14 ekor lembu yang telah dikorbankan diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Bangi, Abdul Malik Hussein.

Semua mereka terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Cawangan-cawangan, serta Dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan, Jabatan Amal Malaysia Bangi, selain Team An-Nur dan Darussyifa.

Antara pimpinan PAS Bangi yang turut hadir menyertai gotong-royong pada majlis ini ialah Setiausaha, Ahmad Mokhtaza Mokhtaruddin dan Ketua Pemuda, Khairul Nadzir Helmi Azhar dan Ketua Muslimat, Hamsatul Hamzah.

"Usaha (keterlibatan dalam program) ini adalah usaha sangat baik yang diharapkan dapat diteruskan dan ukhuwah juga dipereratkan lagi pada masa akan datang," ujar Ahmad Mokhtaza.

Manakala Khairul Nadzir pula mendoakan agar korban para peserta yang telah memberi manfaat kepada 650 penerima yang sebahagiannya asnaf itu diterima di sisi Allah dan mendapat penghayatan sebagaimana kisah korban diceritakan al-Quran. - HARAKAHDAILY 14/8/2019

IMG 20190814 WA0093

IMG 20190814 WA0092

IMG 20190814 WA0091

IMG 20190814 WA0089

IMG 20190814 WA0087