19
Thu, Sep
41 Artikel Baru

Program korban SRITI Al-Helmi masuki tahun ketiga

Berita
Typography

BUKIT GANTANG: SRITI Al-Helmi telah mengadakan program ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang dilangsungkan di dataran berhadapan institut pendidikan ini, di sini semalam.

Program ibadah korban ini merupakan tradisi yang pihak sekolah cuba laksanakannya setiap tahun di mana tahun ini sudah tiga tahun berturut-turut penganjurannya sejak sekolah ini ditubuhkan.

Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga SRITI dan juga masyarakat setempat serta memberi ruang kepada mereka menunaikan ibadah korban.

Turut hadir ke program ini Ahli Lembaga Pengarah SRITI Al-Helmi, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Gantang, masyarakat setempat, guru-guru dan ibu bapa serta murid-murid.

Hadir juga adalah Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad untuk meraikan program yang dianjurkan oleh sekolah ini.

Setiap yang hadir telah membantu melancarkan program ini terutama dalam proses penyembelihan lembu, edaran daging dan  penyediaan bahan masakan.

Katering Zamri Kanji Arab merupakan chef utama memasak menu makan tengah hari dalam program ibadah korban ini dan tahlil ringkas telah diadakan sebelum jamuan tengah hari. - HARAKAHDAILY 15/8/2019

IMG 20190815 WA0015