17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Ijtimak korban program tradisi AMAL Perlis

Agihan daging korban.

Berita
Typography

KANGAR: Dengan jayanya Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Perlis telah selesai menganjurkan ijtimak korban tahun ini melibatkan 15 ekor lembu dan 25 ekor kambing bermula 10 hingga 13 Zulhijjah.

Program itu diadakan dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Kayang dan PAS Cawangan Telaga Idi dengan kerjsama lebih 50 anggota AMAL Perlis.

Pengarah AMAL Perlis, Amirul Jufri Mat Saman berkata program yang diadakan saban tahun itu secara tidak lansung telah melatih anggotanya dalam aspek pengurusan haiwan sembelihan dan daging korban.

Selain itu, kerjasama berpasukan juga dapat dikukuhkan melalui aktiviti gotong royong yang dijalankan.

“Untuk kali ini, harga bagi satu bahagian lembu adalah RM700 manakala harga bagi seekor kambing pula RM800.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, kita meneruskan program ijtimak korban ini dengan semangat pengorbanan dan beristiqamah dengan Islam.

“Harapan kita adalah keredaan dan keampunaan daripada Allah S.W.T atas pelaksanaan ibadah ini serta diterima ibadah korban bagi semua yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut beliau lagi, agihan daging korban dilakukan mengikut kaedah yang telah ditetapkan syarak iaitu sebahagian daging korban dipulangkan kepada peserta korban manakala selebihnya pula diagihkan terus kepada golongan fakir miskin. – HARAKAHDAILY 15/8/2019