19
Thu, Sep
39 Artikel Baru

Misi Korban dan Kebajikan PASRelief di Mindanao

Berita
Typography

MINDANAO, Filipina: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) telah melaksanakan Misi Korban dan Kebajikan menyantuni majoriti Muslim Bangsa Moro di Basilan, di sini.

Misi diketuai Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah itu bersama 11 anggota delegasi telah bertolak dari Malaysia ke Zamboanga sebelum ke Isabella, Ibu Negeri Basilan pada 12 Ogos lalu.

Pelaksanaan korban kali ini melibatkan sejumlah 45 ekor lembu dan 75 ekor kambing disembelih di beberapa lokasi antaranya Muhammad Ajul Municipality, Cotabato dan Magindanao, kelmarin dan semalam.

Selain itu misi yang turut disertai NGO Syabab Care ini juga telah menyumbangkan 60 sejadah, 300 telekung dan 750 kilogram beras di mana telah diagihkan kepada penduduk tersebut dalam agenda kebajikan delegasi.

Penduduk Basilan terdiri daripada majoriti Muslim Bangsa Moro yang tidak mempunyai pendapatan tetap di mana kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan di Lautan Sulu dan bercucuk tanam. - HARAKAHDAILY 15/8/2019

IMG 20190815 WA0028