19
Thu, Sep
40 Artikel Baru

Dong Zong amal agenda perkauman

Che Abdullah Mat Nawi bersama aktivis masyarakat Ruslan Ismail.

Berita
Typography

TUMPAT: Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) secara jelas mengamalkan agenda perkauman.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, NGO terbabit hanya memperjuangkan isu pendidikan untuk kaum Cina sahaja.

Sedangkan katanya pendidikan merupakan salah satu elemen yang boleh menyatupadukan rakyat negara ini.

“Di negara-negara lain sistem pendidikan dijadikan sebagai agenda menyatukan rakyat,” katanya di sini.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed melabelkan Dong Jiao Zong sebagai rasis kerana menentang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernular. – HARAKAHDAILY 15/8/2019