17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Dr Zakir pemudah cara memahami Islam

Berita
Typography
PAS Sabah menganggap Dr Zakir Naik adalah pemudah cara memahami pelbagai agama dan mempunyai kebolehan yang jarang dimiliki orang lain.
 
Adalah satu kesilapan dan kesalahan besar bagi mereka yang menganggap beliau menyebarkan keganasan dan ekstremisme.
 
Secara ikhlas saya menyarankan kepada semua orang yang mengkritik Dr Zakir mengkaji semua penyampaian beliau melalui media Youtube atau mana-mana saluran lain yang boleh akses kepada ceramah dan kuliah yang beliau sampaikan.
 
Kebolehan Dr Zakir menyampaikan ceramah dan kuliah secara ilmiah amat penting bagi orang awam di samping semua hujah disandarkan kepada rujukan yang jelas sama ada melalui al-Quran, Injil serta kitab-kitab Hindu dan Buddha.
 
Bersandarkan kebolehan beliau, maka saya beranggapan beliau adalah seorang pemudah cara yang sangat penting bagi mereka yang ingin mencari jawapan berkaitan ketuhanan dan kebenaran agama masing-masing.
 
Tuduhan melulu terhadap beliau adalah satu perkara yang sangat memalukan dan tidak bertamadun. 
 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
16 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 16/8/2019