19
Thu, Sep
44 Artikel Baru

Walimatul Urus Perdana PAS Raub, 14 Disember

Berita
Typography

RAUB: PAS Kawasan Raub buat julung kalinya akan menganjurkan majlis besar-besaran Walimatul Urus Perdana yang bakal dilangsungkan di Dewan Terbuka Dong, di sini pada 14 Disember akan datang.

Menurut Yang DiPertua PAS Raub, Dr Mohamad Nilam Manaf, program yang telah lama dirancang ini adalah usaha melaksanakan agenda syarak khususnya dalam kalangan anak muda tempatan.

Inisiatif yang menjadi sebahagian kesempurnaan iman dan kehidupan ini terbuka kepada para penduduk Raub dengan syarat mestilah pernikahan pertama dan salah seorang pasangan adalah pengundi Raub.

Selain itu, peserta juga tertakluk kepada syarat-syarat sedia termaktub oleh Jabatan Agama Islam Pahang, sementara semua urusan penyertaan dibuka permohonannya sehingga 30 Oktober 2019.

Sebagai galakan dan membantu pasangan muda mendirikan rumah tangga Islam, pihak penganjur hanya mengenakan bayaran penyertaan RM2,500 di mana mereka yang berminat boleh segera berbuat pendaftaran.

Pihak penganjur juga membuka peluang bagi yang ingin menyertai akikah sempena majlis tersebut iaitu RM600 bagi satu bahagian lembu, selain membuat infak ke akaun Bank Islam 06046010000356 atas nama PAS Kawasan Raub.

Untuk semua urusan berkenaan atau maklumat dan keterangan lanjut boleh hubungi 011-5952 4614 (Amir) atau 019-657 3445 (Ustaz Shahrizan) atau 011-2199 7388 (Dr Nilam). - HARAKAHDAILY 18/8/2019

IMG 20190817 WA0043

IMG 20190817 WA0044