22
Tue, Oct
28 Artikel Baru

Muslimat Paya Besar istiqamah ikuti kuliah

Berita
Typography

PAYA BESAR: Kuliah Bulanan Muslimat Pandan 1 yang disampaikan oleh Adun Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya telah berlangsung di Surau al-Aman, di sini pagi semalam.

Seperti rutinnya, kuliah ini menjadi medan kaum ibu di sekitar perumahan berhampiran menitip dan mendalami ilmu agama dari kuliah disampaikan oleh penceramah jemputan.

Pada kuliah kali ini, penceramah mengupas hadis dan menerangkan mengenai sebab-sebab doa ditolak antaranya berpunca dari makan dan minum serta berpakaian yang haram, selain mengambil hak orang lain.

Jelas Ustaz Tarmizi memetik kata Imam Al-Ghazali, antara sebab juga doa tidak dimakbulkan kerana mengenal Allah tapi tidak mentaati, beriman dengan Rasul tetapi tidak mengikuti sunnah, selain tahu syurga, namun tidak beramal.

Dikesempatan kuliah itu juga, Ustaz Tarmizi telah menghebahkan mengenai Majlis Walimah Perdana anjuran PAS Kawasan Paya Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Panching.

Program yang akan berlangsung pada hujung tahun nanti itu terbuka untuk pasangan menyertainya secara beramai-ramai dengan bayaran cuma RM2,000 dengan syarat salah seorang pasangan adalah pengundi Paya Besar.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan serta tawaran menyertai akikah untuk dikendurikan dengan RM600 satu bahagian di mana penganjur mensasarkan 10 ekor lembu untuk dijamu sekitar 15,000 tetamu.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara tersebut boleh hubungi 012-203 3458 (Azhar) atau 013-932 0950 (Johari). - HARAKAHDAILY 21/8/2019

IMG 20190821 WA0007