22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

Dr Ramasamy mahu LKS jadi PM bukan Tun M

Berita
Typography

ANDA pelik mengapa Dr P Ramasamy terlalu kerap dan terlalu lantang mengkritik, mempersoalkan atau menyatakan kekecewaan beliau terhadap Tun Dr Mahathir, apa lagi Menteri-Menteri BERSATU lain?

Saya tidak pelik, kerana sebelum Tun Dr Mahathir diumumkan sebagai calon PM PH dahulu, Dr P Ramasamy telah menulis panjang lebar bagi menggesa Lim Kit Siang dipilih sebagai calon PM PH.

Ini adalah ayat-ayat yang Dr P Ramasamy gunakan bagi menggesa Lim Kit Siang dipilih sebagai calon PM PH:

(1) “Lim Kit Siang adalah calon utama untuk dipertimbangkan ke jawatan nombor satu dalam negara.” (“Lim Kit Siang is the prime candidate to be considered for the number one post in the country.”)

(2) “Lim Kit Siang mempunyai semua kualiti untuk dipertimbangkan ke jawatan perdana menteri.” (“Lim Kit Siang has all the qualities to be considered for the post of prime minister.”)

(3) “Individu paling layak untuk dipertimbangkan ke jawatan perdana menteri adalah tidak lain daripada Lim Kit Siang.” (“The most qualified person to be considered for the post of prime minister is none other than Lim Kit Siang.”)

(4) “Lim Kit Siang adalah pemimpin terbaik untuk menjadi perdana menteri Malaysia.” (“Lim Kit Siang is the best leader to become the prime minister of Malaysia.”)

(5) “Lim Kit Siang mempunyai semua kualiti seorang pemimpin agung.” (“Kit Siang has all qualities of a great leader.")

(6) “Lim Kit Siang mempunyai semua kelayakan diperlukan.” (“Lim Kit Siang has all the right credentials.”)

Ini pula adalah kualiti dan kelayakan Lim Kit Siang yang Dr P Ramasamy gunakan bagi menghujahkan mengapa Lim Kit Siang adalah calon PM terbaik PH:

(1) “Sopan” (“Decency”)

(2) “Bertanggungjawab” (“Responsibility”)

(3) “Jujur” (“Honesty”)

(4) “Berani” (“Bravery”)

Kerana tidak memperolehi apa yang beliau hajatkan inilah maka kita terpaksa mendengar kritikan, persoalan atau kekecewaan Dr P Ramasamy ini.

Dan selagi tidak memperolehi apa yang beliau hajatkan inilah maka kita akan terus mendengar kritikan, persoalan atau kekecewaan Dr P Ramasamy ini.

Di situ letak duduk sebenarnya. - HARAKAHDAILY 27/8/2019