Muslimah cadang Lajnah Pembangunan Wanita

Berita
Typography

PAS Pusat dicadang mewujudkan Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga sebagai persediaan awal menyediakan kerajaan alternatif bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Noor berkata lajnah itu hendaklah diketuai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh.

Katanya, cadangan itu selaras dengan kewujudan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang disandang Wanita Umno sekarang.

“Dengan adanya lajnah tersebut membolehkan kita membuat persediaan awal sebagai menyediakan tawaran alternatif kepada rakyat bagi menghadapi PRU ke-14,” katanya membahas ucapan dasar Presiden di muktamar petang ini.

Kata beliau lajnah terbabit wajar dibentuk sebagai tanda persiapan kita menggantikan Kementerian Keluarga dan Wanita yang ada sekarang.

Menurutnya ia sebagai persediaan bagi membuktikan keupayaan golongan wanita dalam pentadbiran Negara, selaras dengan gelombang tsunami hijau yang menjadi teras ucapan dasar presiden. - HARAKAHDAILY 30/4/2017