22
Tue, Oct
28 Artikel Baru

Kempen kerana sikap biadab DAP terhadap Islam

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Faktor utama terjadinya kempen ‘Beli Produk Muslim Dulu’ adalah kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mengapa galakan biasa 'beli barangan Muslim first' tiba-tiba bertukar menjadi satu kempen besar-besaran hari ini sehingga dianggap oleh PH-DAP sebagai boikot barangan bukan Islam?

“Saya yakin 100 peratus bahawa antara faktor utama terjadinya kempen ini adalah kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam.

“Dah kamu jual, apasal marah orang nak beli? Jual mahal pun, dah ada orang yang sanggup bayar, awat marah pulak?,” ujarnya menerusi laman Facebook.

Begitupun, beliau menolak boikot kerana memboikot barangan yang halal akan merumitkan kehidupan.

Ahli Parlimen Bachok itu menyokong kempen membeli barangan Malaysia.

“Saya sokong kempen beli makanan dan barangan muslim. Saya sokong kempen keluarga saya membeli di kedai sesama keluarga saya juga.

“Saya tak akan marah orang Cina kempen beli di kedai sesama mereka. Itu hak mereka, tak salah dan dah lama pun mereka buat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/9/2019