21
Sat, Sep
30 Artikel Baru

Jom sertai Seminar Pengenalan Saham, 15 Sept

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Lajnah Ekonomi dan Kewangan Muslimat PAS Malaysia akan mengadakan Seminar Pengenalan Saham yang bakal dilangsungkan di Adamsons Hotel, di sini 15 September depan.

Ianya bertujuan memberi kefahaman serta peningkatan kesedaran awam terhadap kepentingan pelaburan saham Islamik, selain merungkai salah tanggap terhadap pelaburan saham.

Peserta seminar separuh hari ini juga bakal didedahkan kepada pengetahuan asas pelaburan saham serta mengetahui cara menjana pulangan yang baik secara konsisten melalui pelaburan saham.

Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Kewangan Muslimat PAS Malaysia, Norhafiza Fadzil berkata, seminar ini sangat baik bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap pelaburan saham dalam kalangan rakyat.

Serunya, orang ramai dipelawa menyertai seminar yang bakal dibentangkan oleh jemputan khas dari BIMB Securities ke arah mengukuhkan lagi ekonomi ummah.

Keterangan lanjut dan pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi 010-796 3519 (Zas), 010-660 3226 (Kin) atau 018-385 4483 (Fiza). - HARAKAHDAILY 7/9/2019