22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

Waris Setiausaha PAS WP maut nahas jalan raya

Berita
Typography
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa hiba atas pemergian anak kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Hadi Abdul Halim, kelmarin.
 
Allahyarham Fathul Munir Abdul Hadi, 22 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Shamelin-Pandan Jaya serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 
 
Urusan mandi serta mengkafankan jenazah telah disempurnakan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Wilayah Persekutuan, Abu Baker Sedek dan Jabatan Amal di Hospital Ampang, sebelum jenazah disolatkan di Masjid As Syakirin, Gombak. 
 
Turut hadir menzahirkan belasungkawa ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya, pimpinan Negeri serta ahli PAS Kawasan dan Cawangan. 
 
Allahyarham Fathul yang merupakan anak ke lapan daripada 10 adik-beradik telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota Gombak pada jam 9.30 malam yang sama.
 
Sebagai makluman, Allahyarham Fathul merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar dan sedang cuti semester semasa ajal berkunjung tiba. - HARAKAHDAILY 9/9/2019
IMG 20190909 WA0047