22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

'Ketuk-ketuk Cili Padi' sehangat mahabah PAS-Umno

Berita
Typography
BANGI: Acara rewang sinonim dengan masyarakat Melayu yang berkumpul memupuk kerjasama, saling berkenalan dan hormat-menghormati serta menjayakan aktiviti antara satu sama lain.
 
Justeru, Muslimat PAS dan Wanita Umno Cawangan Desa Surada mengambil pendekatan mengadakan program santai memasak  'Ketuk-ketuk Cili Padi' di Dewan Komuniti, Desa Surada, Sungai Ramal Dalam, di sini kelmarin.
 
Gelak tawa riuh rendah kaum ibu ini memancarkan kemesraan sambil menyiapkan bahan masakan untuk menu makan tengahari iaitu nasi putih, tempoyak daun kayu, telur dadar dan cekodok pisang.
 
Turut hadir bersama ialah Ketua Muslimat PAS Bangi, Hamsatul Hamzah dan Ketua Wanita Umno Desa Surada, Hasniah Yaacob. 
 
Hamsatul dalam keterujaannya berkata, sumbangan 'air tangan' kaum ibu secara rewang itu dapat menambah kemesraan dan membawa keberkatan.
 
"Saya juga menyeru agar hadirin dapat beramai-ramai 'turun' ke Penyatuan Ummah di PWTC pada 13 dan 14 September ini untuk memberi kegerunan kepada PH.
 
"Terutamanya DAP di atas kesatuan dua parti gergasi yang utuh dengan akar umbi di Malaysia ini," tambahnya ketika berucap di hadapan kira-kira 40 orang kaum ibu yang hadir. - HARAKAHDAILY 10/9/2019
IMG 20190910 WA0038
IMG 20190910 WA0037