22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

Di sebalik 'bersatu' PAS dan Umno lama berbalah

Berita
Typography

BUKIT KATIL: Perkataan 'bersatu' yang menjadi permulaan lagu rasmi bagi PAS dan Umno rupanya hanya 'ditemui' hakikatnya oleh kedua-dua parti selepas 62 tahun 'berbalah'.

Seloroh mengenai hal tersebut menjadi usikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan yang menceriakan Ceramah Jelajah HPU914 di Dewan Muallim Tuan Guru Haji Abdul Wahid Osman

Lebih menggamatkan apabila Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mejar Jen (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom menyambung hal persamaan itu dengan berkata bahawa bendera PAS dan Umno mempunyai bulan.

"Cuma bendera Umno itu ada keris di tengah-tengah bulan. Keris itu pula warnanya hijau," sekali lagi dewan riuh dengan gelak tawa sekelian hadirin sekitar 2,000 orang itu, di sini kelmarin.

Ceramah peringkat negeri Melaka ini menyentuh khusus mengenai agenda penyatuan ummah yang kemuncaknya majlis menandatangani piagam antara PAS dan Umno di PWTC 14 September ini.

Majlis mencatat sejarah 'bersatu' ini turut menyaksikan lagu rasmi Umno berkumandang buat pertama kali di premis PAS ini, selain Briged Sabil 'bersatu' bersama Jabatan Amal menjalankan tugas kawalan.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam memberi kejutan apabila tampil di tengah majlis yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Pengerusi Umno Melaka, Dato' Seri Abd Rauf Jusoh. - HARAKAHDAILY 10/9/2019

IMG 20190910 WA0084

IMG 20190910 WA0083

IMG 20190910 WA0082

IMG 20190910 WA0078

IMG 20190910 WA0074