22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

PAS Pensiangan berjaya tubuh Cawangan pertama

Berita
Typography

KENINGAU: PAS Kawasan Pensiangan telah berjaya menubuhkan Cawangan pertama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penaja yang dihadiri 52 ahli di Kampung Sinar Harapan, Sook, di sini kelmarin.

Malah, seramai 21 anggota telah dipilih sebulat suara sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Cawangan berkenaan pada majlis yang dihadiri Yang Dipertua PAS Kawasan Pensiangan, Ridzuan Giging ini.

Beliau berharap agar penubuhan cawangan ini dapat disulami dengan kerjasama erat dan padu daripada semua ahli cawangan bersama pimpinan PAS Kawasan bagi mencapai matlamat digariskan parti.

Mesyuarat penubuhan cawangan baru tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Abdul Hisham Othman yang berharap perkara sama dapat dilebarkan ke kampung-kampung yang lain.

"PAS ialah sebuah parti yang ditubuhkan dengan matlamat mencari redha Allah dan menjadikan pollitik sebagai wasilah menyatukan rakyat bagi berkerja secara berjemaah untuk menggangkat Islam sebagai satu cara hidup," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat berkenaan program Jelajah Dakwah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hasan ke pedalaman mulai 13 hingga 15 September ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah pimpinan-pimpinan PAS Kawasan Pensiangan dan Keningau. - HARAKAHDAILY 11/9/2019

IMG 20190911 WA0053