22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

Ugut tidak patah semangat wartawan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Biarpun berdepan dengan ugutan namun ia tidak mematahkan semangat wartawan untuk terus membuat pendedahan berkaitan masalah yang dihadapi rakyat.

azranPresiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) Azran Fitri Rahim berkata, petugas media menyampaikan suara rakyat untuk kebaikan semua pihak.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu mengugut wartawan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan bagi mengelakkan insiden itu berulang.

“Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan, malah  tindakan tegas harus dikenakan bagi memberi pengajaran kepada yang lain,” katanya di sini.

BH Online baru-baru ini melaporkan seorang daripada wartawannya menerima ugutan bunuh berikutan satu laporan yang dibuat akhbar tersebut beberapa hari lalu. – HARAKAHDAILY 11/9/2019