22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

Bubur Asyura ikat kesatuan warga Dun Beserah

Berita
Typography

INDERA MAHKOTA: Bulan Muharram selain amalan berpuasa sunat oleh umat Islam, bagi masyarakat di Malaysia pula meriah menyambutnya dengan memasak bubur Asyura.

Bagi penduduk di Taman Balok Makmur, memasak bubur Asyura secara beramai-ramai yang melibatkan beberapa kumpulan dapat mengeratkan ukhuwah tanpa mengira fahaman politik.

Majlis memasak bubur Assyura ini telah berlangsung meriah bertempat di pekarangan Masjid Taman Balok Makmur, di sini kelmarin.

Beberapa NGO dan parti politik turut mengambil bahagian antaranya ialah PAS dan Umno Cawangan Balok Makmur, NGO bekas sesara tentera dan Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Balok Makmur.

Program ini dirasmikan oleh Adun Beserah, Andan Sura Rabu dan turut dihadiri Dato' Indera Mustaffa Kamal Hamid serta Ketua PAS dan Umno Balok Makmur, Ramli Ibrahim dan Dzulkhanain Mohd Mokhtar.

Juga Ketua Pemuda PAS dan Umno Balok Makmur, Noralif Safuan Mohd Haslan dan Ahmad Shafiee Abdul Rashid, serta Pengerusi PVATM Cawangan Beserah, Ramli @ Kamaluddin Awang dan Pengerusi Badan Pengurusan Van Jenazah, Sulaiman Yusof.

Di dalam ucapannya, Andan Sura menegaskan mengenai penyatuan ummah antara PAS dan Umno adalah demi masa depan negara dan dengan program ini adalah salah satu cara dalam mendekati masyarakat untuk bersatu. - HARAKAHDAILY 11/9/2019

IMG 20190911 WA0077