18
Fri, Oct
34 Artikel Baru

PAS Johor santuni mangsa kebakaran Yong Peng

Berita
Typography

AYER HITAM: PAS Negeri Johor telah mengadakan kunjungan kepada keluarga-keluarga mangsa kebakaran di Perkampungan Lam Lee, Yong Peng, di sini semalam.

Lawatan ini diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Johor, Ab Aziz Abdullah yang telah menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Ianya bertujuan menyampaikan simpati serta meringankan beban dihadapi mangsa atas musibah yang amat memeritkan dan tidak terduga itu.

Beliau diiringi Setiausaha Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Johor, Yassim Mahmood dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Johor, Roslita Rohani.

Antara pimpinan PAS Kawasan Ayer Hitam yang turut serta adalah Yang DiPertua, Elias Abu Bakar dan Ketua Pemuda, Ustaz Abdul Hadi Harun dan Ahli Jawatankuasa, Muhammad Abdullah.

Antara mangsa ditemui adalah Zahir Salleh, seorang nelayan yang mempunyai 11 anak di mana kejadian tersebut telah menyebabkan beliau tinggal sehelai sepinggang.

Dalam kejadian sekitar jam 12:45 tengahari pada hari Rabu lalu, sembilan rumah 'lenyap' dalam kebakaran sepantas 15 minit menyebabkan semua keluarga hilang tempat tinggal. - HARAKAHDAILY 5/10/2019  

IMG 20191005 WA0022

IMG 20191005 WA0023