18
Fri, Oct
34 Artikel Baru

'Tumbuk-tumbuk Cili Api' PAS-Umno Cheras Perdana

Berita
Typography

BANGI: Muslimat PAS dan Wanita Umno Cawangan Cheras Perdana telah bersama menjayakan rewang mahabah di Madrasah Nur Salbiah, Cheras Perdana, Balakong, di sini semalam.

Program santai dinamakan 'Tumbuk-tumbuk Cili Api' ini dimulakan dengan zikir al-Mathurat sebagai penyatuan rohani sebelum 'bersilat' menyiapkan menu makan tengahari bersama-sama.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Bangi, Hamsatul Hamzah turut hadir menyertai rewang penuh persaudaraan dan semangat kerjasama antara dua entiti politik yang semakin bertaut ini.

"Tak kenal maka tak cinta, selain beramah mesra, amalan membaca al-Mathurat secara berjemaah ini juga membawa keberkatan dalam kesatuan hati dan fikiran," jelas Hamsatul di depan kira-kira 35 hadirin.

Turut serta adalah Penyelaras Wanita Umno Dun Balakong, Sharifah Abdul Samad yang menyeru supaya hadirin perkukuhkan lagi perpaduan antara Wanita dan Muslimat demi kelangsungan agenda Muafakat Nasional.

Sementara sesi merewang riuh rendah di bahagian dapur, kelas asas 'Make-up' yang berlangsung di lobi madrasah turut mencuri perhatian hadirin yang mementingkan tatarias ketrampilan seorang wanita.

Program santai penuh mahabah ini berakhir dengan jamuan makan tengahari dengan menu tempe masak petai, sayur masak lemak, ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman hasil 'air tangan' semua. - HARAKAHDAILY 6/10/2019  

IMG 20191006 WA0032

IMG 20191006 WA0034

 IMG 20191006 WA0035