18
Fri, Oct
32 Artikel Baru

Jalinan Kasih penuh aktiviti ceria, bermanfaat

Berita
Typography

TELUK INTAN: Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan program Jalinan Kasih di rumah Ezaton Bidin dan pasangannya, Shaifuddin Mohd Husain di Lorong Ketua Kampung, Kampung Selabak, di sini semalam.

Program ini adalah kemuncak kepada pertandingan landskap tercantik yang dianjurkan sejak sebulan lalu melibatkan halaman rumah sekitar penduduk Kampung Selabak.

Pemenang yang diumumkan di tempat pertama adalah kediaman milik Siti Musringaton Mohd Noh, manakala kedua diungguli Norazizah Sajat dan ketiga kepada Asmah Nawawi.

Pemilihan landskap tercantik ini merangkumi kekemasan, kebersihan dan keindahan laman rumah, selain penilaian juga pada hasil kreativiti tuan rumah menghias menggunakan barang terbuang.

Aktiviti Jalinan Kasih ini dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Alam Sekitar, Lajnah Kebajikan dan Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat PAS Teluk Intan.

Program ini juga diisi santapan rohani oleh Ahli Jawatankuasa PAS Teluk Intan, Ustaz Rizal Abu Bakar, selain itu pertandingan gubahan tuala dan pulut kuning dan lain-lain.

Juga diadakan demonstrasi penanaman pelbagai pokok bunga kertas di dalam botol oleh Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Teluk Intan, Azizah Baharuddin.

Penutup majlis disempurnakan oleh Ketua Muslimat PAS Teluk Intan, Robiaton Abas yang menyentuh mengenai penguasaan ilmu dan kesatuan umat. - HARAKAHDAILY 7/10/2019 

 

IMG 20191007 WA0016