18
Fri, Oct
34 Artikel Baru

PAS Bagan Serai jengah kebajikan asnaf

Berita
Typography

BAGAN SERAI: Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria bersama PAS Kawasan Bagan Serai telah mengadakan gotong-royong membersihkan tiga rumah asnaf di tiga lokasi dalam Dun tersebut, di sini semalam.

Tiga pasukan telah diagihkan untuk melaksanakan misi yang telah dirancang dan diketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bagan Serai, Ahmad Mokhtar.

Menurut Razman, tiga lokasi dipilih tersebut berdasarkan keadaan tempat tinggal asnaf yang kelihatan daif; hasil dapatan program Jejak Kasih Asnaf dilakukan beliau sebelum ini.

"Faktor usia dan kesihatan yang kurang mengizinkan merupakan asbab kebajikan mereka terabai serta tidak mampu untuk mengurus rumah masing-masing.

''Program kebajikan ini dijalankan sebagai usaha daripada PAS Bagan Serai bagi memastikan kebajikan asnaf terpelihara selain membuktikan PAS sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat.

"Permohonan bantuan perumahan dan bantuan kewangan telahpun dibuat bagi membantu kebajikan asnaf ini. Kini pihak kami sedang menunggu maklum balas daripada pihak kerajaan," ujarnya.

Razman yang juga seorang pengamal perubatan Islam Darul Syifa' bersama pasukannya turut melakukan ruqyah ke atas pesakit individu ditemuinya dalam ziarah itu kerana terkena gangguan. - HARAKAHDAILY 7/10/2019

IMG 20191007 WA0018