18
Fri, Oct
32 Artikel Baru

Keadaan Pesuruhjaya PAS Perlis makin positif

Berita
Typography

KANGAR: Pihak hospital memaklumkan bahawa keadaan Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Adun Sanglang, Mohd. Shukri Ramli semakin positif.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Dr. Saifizi Saidon berkata, Mohd. Shukri dilaporkan semakin sedar dan mula memberi reaksi terhadap ahli keluarganya dengan menggunakan pergerakan badan serta turut meminta untuk menunaikan solat.

“Tekanan darah beliau masih rendah tetapi stabil manakala imbasan pada jantung pula menunjukkan penambahbaikan fungsi jantung beliau dan pemberian ubat bagi membantu jantung mengepam darah sudah dihentikan,” ujarnya dalam satu kenyataan, petang tadi.

Beliau menambah, PAS Perlis akan terus mengemas kini keadaan kesihatan Mohd. Shukri dan menyeru agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatannya.

Mohd. Shukri masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. – HARAKAHDAILY 7/10/2019