Sidebar

23
Sat, Sep
28 Artikel Baru

Persiapan Harap-PGU 3.6 lancar

Berita
Typography

TUAN rumah bagi Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno keenam (Harap-PGU 3.6), PAS Kawasan Hulu Terengganu yakin semua persiapan program itu akan siap empat hari sebelum ia bermula pada 18 Mei ini.

Yang Dipertua PAS kawasan, Muhyiddin Abdul Rashid berkata kawasan tanah seluas lebih dua ekar tersebut yang teletak di Batu 24 Kuala Berang, sudah dibersihkan.

“Kerja-kerja lapangan sedang giat dijalankan, telah dibersihkan sepenuhnya dan esok akan diletakkan pasir bagi kemudahan laluan pengunjung," ujarnya dipetik Buletin Online.

Katanya, 30 gerai peniaga basah dan 75 gerai kering akan didirikan dan dalam masa dua hari kanopi akan dipasang serta kerja-kerja pembangunan pentas utama akan dimulakan dalam masa tiga hari lagi.

Beliau sedang berunding dengan pihak polis bagi membolehkan kenderaan diletakkan di atas satu daripada dua laluan empat lorong pada jalan utama di hadapan tapak program bagi memudahkan orang ramai.

“Kita juga sedang berunding dengan tuan-tuan tanah sekitar tapak program meminta kebenaran untuk para pengunjung turut meletakkan kenderaan,” jelasnya.

Beliau berharap dengan demikian akan mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga hari himpunan yang akan berakhir pada Sabtu, 20 Mei.

Tambahnya, Harap-PGU 3.6 akan menjadi dorongan dan motivasi kepada kejayaan PAS Hulu Terengganu mempertahankan PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir dan memenangkan Dun-Dun lain dalam Pilihan raya Umum ke-14 nanti.

“Saya yakin Harap-PGU 3.6 kali ini akan jadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat di sebelah Hulu Terengganu pada pilihan raya umum akan datang yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja," ujarnya lagi.

pgu