24
Sat, Jun
13 Artikel Baru

Kejohanan Badan Cantik mesra syariat

Berita
Typography

SEMUA peserta Kejohanan Badan Cantik, Mr Awang Selamat 2017 diwajibkan menutup aurat, di mana pemarkahan diambil kira di bahagian badan sahaja dan bukan paha, betis atau kaki.

Program kali kedua secara tertutup itu diadakan di Dewan Putri Saadong, Hotel Grandriver View disertai lebih 80 peserta dari seluruh Kelantan.

Manakala penonton wanita disediakan ruangan khas di lobi hotel terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri tetap memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti selagi menepati kehendak Islam.

"Kita menjayakan program tersebut dengan pelbagai penambahbaikan bagi menyelaraskannya dengan kehendak agama," katanya ketika merasmikan kejohanan berkenaan di Kota Bharu semalam.

Pembaharuan itu dilakukan Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) sebagai sukan mesra syariat. Program itu dianjurkan U-Bes dengan kerjasama Merak Newfort Tuff. – HARAKAHDAILY 14/5/2017