21
Fri, Jul
31 Artikel Baru

Bapa pelajar dibuli akan kemuka saman

Berita
Typography

MUNGKIN ramai sudah lupa seorang pelajar di Pengkalan Chepa yang didakwa dibuli di sekolah terbabit pada 10 April tahun lepas, kini masih lagi mengalami trauma.

Ketika itu Aiman Hazim Zulkeflee, 15 dikatakan retak tulang leher akibat dibuli pelajar tingkatan empat sekolah terbabit.

Akibat kejadian malang tersebut beliau tidak dapat menduduki peperiksaan PT3 akhir tahun lepas kerana masalah kesihatan.

Dr Zulkeflee Yaacob“Anak saya sampai sekarang tidak boleh melewati sekolah itu kerana trauma akibat kejadian tersebut. Awal tahun ini saya pindahkan dia belajar di sebuah sekolah di Bachok,” kata bapanya Dr Zulkeflee Yaacob.

Kejadian yang berlaku lebih setahun itu mengejutkan banyak pihak memandangkan ia berlaku di kawasan sekolah.

Aiman Hazim mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan sering berulang alik menjalani rawatan di klinik pakar termasuk di Kuala Lumur.

Dr Zulkeflee juga berkata, sepanjang anaknya mendapat rawatan pihak sekolah tidak datang bertanya khabar biarpun kes tersebut dirujuk kepada Pejabat Pelajaran Negeri.

Oleh itu katanya beliau bercadang memfail saman terhadap pihak sekolah, ibu pelajar yang terbabit dan Kementerian Pelajaran bagi mendapat pembelaan sewajar.

“Insya-Allah tidak lama lagi saya akan failkan saman terhadap pihak-pihak terlibat melalui peguam yang dilantik,” ujarnya.  – HARAKAHDAILY 14/5/2017