Sidebar

23
Sat, Sep
28 Artikel Baru

PAS Putatan hargai jururawat dan ibu

Berita
Typography

SABAN tahun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan tidak melupakan jasa dan pengorbanan dua jururawat umat, warga jururawat di hospital dan klinik serta kaum ibu rumah tangga.

Bersempena sambutan Hari Jururawat Sedunia dan Hari Ibu, PAS Putatan diwakili Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi, Ketua Penerangan PAS Putatan bersama Dewan Muslimat PAS Putatan mengunjungi dan menyantuni jururawat dan para ibu di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan, Kota Kinabalu.

Serahan kek PAS Putatan sebagai penghargaan kepada jururawat diterima oleh wakil jururawat yang bertugas. Kedatangan rombongan PAS Putatan disambut baik dan mesra oleh kakitangan dan jururawat. Mereka merakam ucapan terima kasih atas ingatan dan perhargaan yang diberikan daripada PAS Putatan.

Seterusnya, serahan pen bunga ros kepada para ibu sebagai tanda ingatan dan menghargai pengorbanan mereka mendidik generasi penerus kepimpinan negara. Rata-rata ibu yang ditemui menyambut baik dan mengenali PAS yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

PAS Putatan optimis, institusi kekeluargaan akan sentiasa terbina dengan baik berkat pengorbanan para jururawat dan ibu yang tidak pernah kenal penat dan lelah. – HARAKAHDAILY 15/5/2017

MisiIbu 1

MisiIbu 2