28
Wed, Jun
11 Artikel Baru

PAS Terengganu bentuk JK sesi 2017-2019

Berita
Typography

PAS Terengganu membentuk saf kepemimpinan bagi sesi 2017-2019 terdiri daripada kalangan ulama, profesional dan orang muda.

Pesuruhjayanya, Datuk Husain Awang bersyukur kerana beliau telah dilantik mengambil alih kepimpinan PAS Terengganu dalam organisasi yang kukuh, lapor Buletin Online.

“PAS Terengganu berjaya membentuk dan melantik Jawatankuasa PAS Terengganu terdiri dari kalangan ulama, professional dan tenaga-tenaga muda bagi memacu dalam keadaan yang kukuh dan kuat bagi melaksanakan amanah sebagaimana legasi yang ditinggalkan oleh Pesuruhjaya yang lalu,” ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat khas pertama, di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa, Kuala Nerus hari ini.

Menurutnya, antara muka baru yang dilantik adalah HMohd Zabidi Yusof, Ahmad Amzad Hashim, Ustaz Azman Shapawi BAbd Rani dan Raja Endun Raja Abd Rahman.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa tersebut.

1. Pesuruhjaya  DATO' USTAZ HAJI HUSAIN AWANG
2. Timbalan Pesuruhjaya I YB USTAZ HAJI SATIFUL BAHRI MAMAT
3. Timbalan Pesuruhjaya II YB DR HAJI ALIAS RAZAK
4. Timbalan Pesuruhjaya III HAJI YAHAYA ALI
5. Setiausaha HAJI MUHYIDIN ABDUL RASHID
6. Penolong Setiausaha I USTAZ WAN SUKAIRI WAN ABDULLAH
7. Penolong Setiausaha II YB HAJI HANAFIAH MAT
8. Penolong Setiausaha III USTAZ SHAHARIZUKIRNAIN ABD KADIR
9. Bendahari M. SHUKRIMUN SHAMSUDIN
10. Ketua Penerangan YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
11. Pengarah Pilihan Raya YBUSTAZ ARIFFIN DERAMAN
12. Ahli Jawatankuasa [1] YBHG DATO’ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
13. Ahli Jawatankuasa [2] DR AZMAN IBRAHIM
14. Ahli Jawatankuasa [3] HAJI MOHD ZABIDI YUSOF
15. Ahli Jawatankuasa [4] MOHAMAD YASIN MUDA
16. Ahli Jawatankuasa [5] HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
17. Ahli Jawatankuasa [6] USTAZ HAJI AZMAN SHAPAWI ABD RANI
18. Ahli Jawatankuasa [7] RAJA ENDUN RAJA ABD RAHMAN