23
Tue, May
26 Artikel Baru

PAS tegaskan lawan BN PRU 14

Berita
Typography

PAS menegaskan parti itu tetap akan melawan BN di dalam PRU14 nanti dan mengulangi mereka tidak sekali-kali bersama BN sebagaimana ditegaskan sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan kedudukan kerusi hampir 90 peratus kerusi yang ditandingi PAS di dalam pilihan raya, melawan BN dalam pilihan raya akan datang.

"Kita tetap lawan BN, kenyataan telah dibuat sebelum ini bahkan Majlis Syura Ulamak pun menegaskan kita tidak akan bersama BN," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian berikutan kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS kini telah menjadi sebahagian parti komponen BN tetapi belum berdaftar secara rasmi.

Ia ekoran dakwaan yang mengatakan PAS kini dilihat 'mesra' dengan Umno. – HARAKAHDAILY 15/5/2017