Sidebar

23
Sat, Sep
28 Artikel Baru

PAS atur strategi perkasa media baharu

Berita
Typography

PAS kini mengorak langkah ke hadapan setelah berjaya membawa imej politik matang melalui penggunaan media baharu.

Dalam mesyuarat PAS Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad telah diberikan tanggungjawab menggalas porfolio Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (LICT) sementara jawatan Pengarah Jabatan IT PAS Pusat sesi 2017/2019 disandang Suhaimi Embong.

Satu majlis taklimat dan pertemuan khas bersama Jabatan IT PAS Pusat sesi lalu bersama Iskandar diadakan di Ampang, kelmarin.

Dalam pertemuan tersebut, beliau mengakui bidang IT pada hari ini begitu mencabar dan perlu digunakan sebaik-baiknya khususnya media online.

Hal demikian, jelasnya bagi mengelakkan sebarang maklumat yang boleh memberi fitnah kepada parti.

Katanya lagi, PAS kini menyedari kepentingan media baharu dan bakal mengambil langkah pemerkasaan melalui media online dan sebagainya demi memastikan sebaran parti berjaya menembusi pelbagai lapisan masyarakat.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din, Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohammad Nadzim Ahmad Azmi dan Dewan Muslimat PAS Pusat, Puan Jazlina Shafawi di samping AJK yang telah dilantik.