Sidebar

23
Sat, Sep
28 Artikel Baru

Laporan Polis kerana culik pembantah PAS

Berita
Typography

UMNO bertindak menculik pembantah PAS Dun Bukit Panau dalam perbicaraan bantahan daftar pemilih di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 semalam.

Samsiah Mohamad merupakan salah seorang dari 14 orang pembantah PAS dibawa lari selama tujuh jam oleh kaum keluarganya yang merupakan Ahli Umno Tanah Merah.

Demikian menurut saksi, Penghulu Wanita Dun Bukit Panau, Ramlah Mat Daud yang tinggal dalam satu taman bersama Samsiah di Jalan Wan Ahmad di sini.

"Saya ke rumahnya pada jam 7.49 tetapi kediaman cuma ada anaknya mengatakan ibunya sudah keluar. Bila dihubungi tidak dapat kerana telefon bimbit ditutup.

"Saya syak dia sudah diculik, jadi saya membuat laporan polis semalam di IPD Tanah Merah, dalangnya, Jalinan Rakyat (JR) culik pembantah saya," katanya.

Pihak polis menyambut baik laporan tersebut, cuma SPR kelihatan menyebelahi Umno kerana tidak membenarkan pembantah berkenaan digantikan orang lain.

Situasi tersebut katanya, menyebabkan bantahan yang dibuat oleh Dun Bukit Panau ditolak oleh SPR yang bertindak secara tidak profesional.

"Walaupun kami berjiran, tetapi saya tidak mahu mengungkit perkara ini biar isu ini selesai di sini sahaja, tidak mahu perbalahan berlaku," katanya. – HARAKAHDAILY 17/5/2017

PemPas 2