19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Takziah kepada keluarga Ustaz Norazli

Nasional
Typography

PAS mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Almarhum Ustaz Norazli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak yang kembali ke rahmatullah di Madinah awal pagi, hari ini.

Seluruh ahli PAS dan rakyat menyaksikan kesungguhan dan pengorbanan almarhum dalam memperjuangkan Islam dan bergiat aktif dalam misi kemanusiaan luar negara.

Semoga Allah merahmatinya, mengampunkan segala dosa-dosanya, diterima amal soleh dan jihadnya dan ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.

Al-Fatihah.