21
Sat, Sep
28 Artikel Baru

Siku dan lutut politik (12)

Nasional
Typography

●      YB Hassanuddin Yunus kata, tidak salah berkawan dengan kafir. Sambil dia memberikan contoh Orban, pembuat meriam di zaman Sultan Muhammad al-Fateh dahulu yang membantu Islam menewaskan kafir. Kita tak pernah pertikaikan itu. Rasulullah menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqa' ketika hijrah, seorang kafir. Sebelum itu bapa saudara Baginda, Abu Thalib juga tidak menerima Islam menjadi pembela Baginda. Banyak lagi. Tiada yang pelik.

PAS juga sudah lama bersama dengan kafir. Dengan CCC pada awal 80-an sehinggakan ada yang masuk Islam. PAS direkodkan bersama DAP semenjak dulu, sehinggalah DAP meninggalkan gabungan sebanyak dua kali. Parti Bersatu Sabah yang diketuai oleh Joseph Pairin Kitingan ada bersama sewaktu PAS dalam APU. Ada Dewan Himpunan Penyokong PAS. Tapi semua itu atas kesepakatan membantu Islam atau paling kurang agree to diasgree dengan prinsip asas PAS. Jadi tak payah Hasanuddin nak syarah konon dialah yang faham feqah politik dengan bukan Islam.

Yang jadi persoalannya ialah, sekarang ialah kita berkawan dengan kafir tolong Islam untuk naikkan Islam atau Islam tolong kafir naikkan kafir? Itu yang kena jelaskan. PAS berkawan dengan DAP pun dulu, premis judi kat Kelantan dan Terengganu tutup. Cubalah PAN buat kat mana-mana negeri yang mereka kuasai sekarang, boleh ke tak. Itupun kalau ada telurlah.

●      Maszlee dan Syed Saddiq dahpun bersuara menyokong Tun dalam isu Statut Rom. Cubaan menjatuhkan PM guna pintu belakang. Dah banyak orang tahu, bukan sehari dua ni, tapi dah lama dah. Ada orang gila nak jadi PM. Presiden PAS adalah individu terawal yang menyatakan sokongan kepada PM kerana tidak mahu ada penggulingan kuasa cara yang tidak demokratik. Presiden PAS dah ada maklumat pasal itu.

Walaupun Tun bukanlah kawan beliau, tetapi kepentingan rakyat adalah keutamaan. Membuatkan seseorang cukup marah dengan Presiden PAS. Tapi PAN sehingga kini diam membisu. Mungkin DAP tak benarkan PAN komen apa-apa kut pasal ini? TMJ dengan jelas bertanya, jika Staut Rom itu benar-benar terpakai, kenapa Palestin masih diserang? Kan?

●     Maka memanda Menteri Pertahanan meluahkan kegundahan di hatinya akan kurangnya sodaldu-sodaldu dari kalangan rakyat yang berasal dari Benua India dan Benua China. Sedikitnya bilangan mereka mungkin kerana sedikitnya imbalan yang didapati oleh sodaldu kini. Maka memanda Menteri menganjurkan agar imbuhan itu dinaikkan demi kedua golongan itu bersama-sama masuk ke dalam pasukan.

Oleh itu, dengan cadangan ini, sekonyong-konyongnya, sayugialah para sodaldu dari kalangan Melayu mengucapkan terima kasih kepada bakal sodaldu dari keturunan Benua India dan China itu. Jika tidak kerana mahu memujuk mereka, maka kekallah sementara imbuhan yang rendah itu kerana mungkin Melayu tiadalah gundah gulana dengan imbuhan yang kecil, jadi menjadi juga mereka sodaldu. Apalah malang Melayu yang tidak tahu meminta imbuhan yang lebih. Adakah hanya mengharapkan bangsa lain menaikkan imbuhan mereka sekelian? Itupun kerana mahu memujuk bangsa lain. Inilah kebijaksanaan memanda Menteri.

●     Daripada semua pihak di PRK Rantau melayan isu poster bodoh perkauman yang tidak dapat dipastikan siapa yang menggantungkannya, lebih baik rakyat menumpukan perhatian kepada satu kes yang lebih jelas dan tahu siapa pelakunya iaitu ciapan YB Kashturi Patto dari DAP dalam twitter beliau yang mengatakan PAS dan Umno yang mahukan pembatalan Statut Rom sebagai bodoh, bangang dan pentingkan diri sendiri.

Ia jelas siapa pelakunya, apa yang ditulis dan kepada siapa yang dituju. Jadi, kepada pengundi di Rantau, sila hadamkan bait-bait kata YB Kashturi ini.

●     Fateh Mehmed Macoglu adalah Datuk Bandar daripada Parti Komunis Turki (TKP) yang menang dalam pemilihan majlis perbandaran di Tunceli, Turki. Diberitakan dia seorang yang bagus dalam pentadbirannya. Baki akaun kerajaan tempatan yang ditunjukkan kepada umum, menjadi tular dan mempopularkan beliau. Beliau diberi kepercayaan oleh rakyat atas kejayaan beliau membantu rakyat miskin dsn pelajar dalam agihan kekayaan provinsinya.

Aku terus teringat Komunis di Malaysia. Kalau Komunis yang adil, pasti lebih baik daripada Muslim yang korup, kata ulamak Syiah. Harap jangan dilupakan jasa perajurit yang lama yang menentang Komunis dulu.

MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
7 April 2019 - HARAKAHDAILY 7/4/2019