25
Sat, May
26 Artikel Baru

Jenayah Sultan Johor dakwaan Dr Syed Husin

Nasional
Typography
APA guna ratifikasi Statut Rom jika benar ia tak perlu?
 
Bagi menghujahkan kebimbangan Raja-Raja Melayu terhadap Statut Rom, Dr Syed Husin Ali dalam Forum Malaysia & Statut Rome yang berlangsung di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya, telah menggunakan satu artikel tidak bersumber yang tersebar dalam Facebook bertajuk “THE END OF THE ROAD?” yang memetik seorang peguam Hak Asasi Manusia tidak bernama sebagai menyenaraikan begitu banyak jenayah kemanusiaan yang didakwa dilakukan oleh Sultan Johor dan anakanda-anakanda Baginda.
 
Mengikut artikel Facebook ini, peguam Hak Asasi Manusia dari London yang pernah terlibat dalam penahanan diktator Chile, Augusto Pinochette, di UK lebih sedekad lalu didakwa mahu menahan Sultan Johor dan anakanda-anakanda Baginda ini dan mendakwa mereka atas jenayah kemanusiaan yang didakwa dilakukan oleh mereka sekiranya Kerajaan Malaysia tidak bertindak ke atas pelbagai komplen yang dibuat ke atas mereka.
 
Ini adalah kenyataan Dr Syed Husin Ali tersebut:     
 
“Saya telah mendengar lebih awal tadi bahawa ada kebimbangan di kalangan golongan lama, terutama sekali elit tradisional, yang merasa terancam dan, seperti yang disebut oleh beberapa orang tadi, yang kelihatan merasa terancam sekali saya nampak adalah yang dari Selatan itu. Dan saya selalu tertanya-tanya juga pasal apa di situ, itu negeri saya tu, Raja saya, tapi mengapa dia nampak paling bimbang, dan negeri Pengerusi juga, jadi saya cuba cari jawapan tapi tak dapat jawapan. Tapi baru-baru ini saya dapat melihat satu Facebook, kalau dibenarkan oleh Pengerusi saya akan baca apa yang disebut di situ.”
 
Dr Syed Husin Ali membacakan artikel tersebut:
 
“THE END OF THE ROAD?”
 
“A prominent human rights lawyer based in London has been tailing and documenting the criminal history of the Johor royal household for at least 5 years now. He stands ready to strike against specific individual members of the Johor royal family first.”
 
“They include the Sultan himself wherever and whenever he or his family step outside Malaysian jurisdiction. The contemplated action will be enforced if criminal complaints filed against the Johor royal family and each of its errant members is not acted upon by authorities in Malaysia.”
 
“The London lawyer once worked closely with his colleagues to secure the detention of the late Chilean dictator Augusto Pinochette in the UK over a decade ago.”
 
“The lawyer plans to serve process on the Johor royals and have them detained then brought to trial on human rights abuses if the government of Malaysia will not act on the numerous complaints brought against the Johor royals to date.”
 
“Amongst the charges and complaints filed against the Johor royals are the disappearance murder of several foreigners (women) in Rawa island resort.”
 
“There are a number of more of Chinese waitresses who went missing and or who were raped and murdered at or around night clubs in Johor, Singapore and Kuala Lumpur.”
 
“The list of offences levelled against the Sultan, his father and his wayward children include murder, attempted murder, serious assault, rape, sexual assault, threats and intimidation, kidnapping and unlawful detention. Other offences include bribery, extortion and violence against individuals, their spouses and their businesses.”
 
Dr Syed Husin Ali membuat rumusan beliau: 
 
“Saya harap artikel ini tidak benar dan tuduhan-tuduhan ini tidak benar, tapi kalau benarlah, ini nampaknya seolah-olah 'humanitarian crime' telah dilakukan dan mungkin ini yang ditakuti oleh sesetengah pihak.”
 
Dr Syed Husin Ali menggunakan satu artikel tidak bersumber yang memetik seorang peguam Hak Asasi Manusia tidak bernama bagi menghujahkan kes beliau adalah jelas merupakan satu tindakan yang tidak selari dengan kedudukan beliau selaku bekas ahli akademik.
 
Memanglah semua sedia maklum bahawa ratifikasi ke atas Statut Rom akan membolehkan pelaku empat jenayah antarabangsa, iaitu pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pencerobohan, dihadapkan ke muka pengadilan.
 
Pada masa yang sama, Dato’ Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi dalam pembentangan beliau pada Forum Malaysia & Statut Rome ini menjelaskan bahawa walaupun Malaysia tidak meratifikasi Statut Rom, pemimpin negara tetap boleh didakwa melaluinya.
 
Ini adalah penjelasan penuh Dato’ Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi tersebut:     
 
“I just want to make this point: Even if we don’t ratify, that doesn’t mean that our leaders will be immune from prosecution because the international crimes, these four crimes, can still be prosecuted in two ways. First of all, the ICC may have jurisdiction if it is authorized by the United Nations’ Security Council. As Mr AG pointed out, Sudan is not a member, and yet the Sudan President was prosecuted because the United Nations’ Security Council took the decision. Second, the United Nations may create ad-hoc tribunals like they did for former Yugoslavia, for Rwanda. So ratification or no-ratification, in the present state of international law, crime perpetrators will have no place to hide.”
 
Isuanya sekarang ialah, jika kenyataan Dato’ Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi bahawa pelaku kesalahan, termasuk jenayah kemanusiaan, masih boleh didakwa walaupun Malaysia tidak meratifikasi Statut Rom, apa perlu kita bersusah-payah mahu meratifikasinya? - HARAKAHDAILY 28/4/2019