21
Sat, Sep
42 Artikel Baru

Muktamar: Kenyataan dan senarai calon

Nasional
Typography

MUKTAMAR Tahunan PAS kali ke-65 yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang Darul Makmur bermula dari 21 Jun hingga 23 Jun 2019 akan menyaksikan pertandingan untuk mengisi jawatan-jawatan di peringkat pusat.

Seramai 37 orang calon telah layak bertanding untuk mengisi 18 jawatan Ahli jawatankuasa PAS Pusat dan dari jumlah tersebut seramai 29 orang calon telah menyatakan kesediaan untuk bertanding. 4 orang telah dicalon untuk jawatan Naib Presiden iaitu 3 penyandang sedia ada dan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Tiada nama lain dicadangkan untuk mengisi jawatan Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kecuali nama-nama penyandang. Oleh itu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden telah dimenangi tanpa bertanding.

Bagi jawatan-jawatan untuk Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), semua jawatan telah dimenangi tanpa bertanding. Untuk Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) seramai 16 orang calon telah menyatakan persetujuan untuk bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK DPPM. Seorang calon Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar DPPM telah menarik diri menjadikan jawatan tersebut dimenangi tanpa bertanding. Muktamar DPPM akan berlangsung selama 2 hari bermula 19 hingga 20 Jun 2019.

Untuk Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), semua jawatan tertinggi DMPP telah dimenangi tanpa sebarang pertandingan namun begitu untuk Ahli Jawatankuasa Kerja DMPP seramai 17 orang calon telah menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK DMPP. Muktamar DMPP akan berlangsung pada 15 Jun 2019 di Gambang, Kuantan.

Sesuai dengan konsep syura yang diamalkan oleh parti PAS sejak sekian lama, calon-calon masih mempunyai peluang untuk menarik diri bagi mengelak pertandingan. Kepada mereka yang berhasrat untuk menarik diri mereka diberi masa sehingga hari Rabu 12 Jun 2019 untuk berbuat demikian dengan menyatakan hasrat secara bertulis kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat.

DR. MOHD FUAD MOHD SALLEH
Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat
7 Syawal 1440 / 11 Jun 2019

SENARAI CALON AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT SESI 2019-2021

1. USTAZ HAJI ABDULLAH B. HUSSIN
2. DR. AHMAD FAKHRUDDIN B. SHEIKH FAKHRURRAZI
3. YB DATO’ DR. AHMAD YUNUS B. HAIRI
4. YB HJ. AWANG SOLAHUDIN B. HASHIM
5. YB DR. AZMAN B. IBRAHIM
6. DR. HJH. HALIMAH BT. ALI
7. DATO’ HAJI AR. ISKANDAR B. ABDUL SAMAD
8. KAMARUZZAMAN B. MOHAMAD
9. YB. USTAZ HJ. AHMAD MARZUK B. SHAARY
10. USTAZ HJ. MISBAHUL MUNIR B. MASDUKI
11. YB. DATO’ DR. HJ. MOHAMAD FADHLI B. HASSAN
12. YB HJ. MOHAMAD SANUSI MD. NOR
13. YB. DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN B. AMAN RAZALI
14. DR. MOHD MAZRI B. YAHYA
15. YB. DATO’ HJ. MOHD NASSURUDDIN B. DAUD
16. DR. HJ. MOHD ZUHDI B. MARZUKI
17. USTAZ HJ. MOKHTAR B. SENIK
18. YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL B. ABDUL HADI
19. IR. MUHTAR B. SUHAILI
20. DR. HJH. NAJIHATUSSOLEHAH BT. AHMAD
21. USTAZ NASRUDDIN B. HASSAN
22. YB. USTAZ USTAZ HJ. NIK MOHD ABDUH B. NIK ABDUL AZIZ
23. YB HJ. RAZMAN B. ZAKARIA
24. DR. HJ. RIDUAN B. MOHD NOOR
25. DR. HJH. ROSNI BT. ADAM
26. USTAZ HJ. SALLEHEN B. MUKHYI
27. YB. HJH. SITI ZAILAH BT. MOHD YUSOFF
28. HJ. WAN ROHIMI B. WAN DAUD
29. YB USTAZ YUSNI B. MAT PIAH

SENARAI CALON AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (DPPM) 2019-2021

1. ABDUL MALIK B. ABD RAZAK
2. AKRAM IKRAMI B. TAIB AZAMUDDEN
3. IZWAN B. ABDUL HALIM
4. JUWAHIR B. AMIN
5. KHAIRUL NAZIR HELMI B. AZHAR
6. MOHAMMAD ARIFIRIAZUL B. PAIJO
7. MOHAMMAD NADZIM B. AHMAD
8. MOHD HAFEZ B. SABRI
9. MUHAMMAD FADZLI B. ABU BAKAR
10. MUHD KHIDHIR B. IZAIDIN
11. MUHTAR B. SUHAILI
12. NURUL ISLAM B. MOHAMED YUSOFF
13. ROSLAN B. MD ESA
14. MOHD AL GHAZALI B. ABU BAKAR
15. SAIFUL SYAZWAN B. SHAFIE
16. MOHD AIZAT B. ZAKARIA

SENARAI CALON AHLI JAWATANKUASA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT (DMPP) SESI 2019-2021

1. DR AZIMAH BT IBRAHIM
2. DR HALIMAH BT ALI
3. DR NURUL HANI BT ALI
4. HUSNA BT HASHIM
5. KINTAN BT MAN
6. DR MARDHIYAH HAYATI BT SALLEH
7. DR HJH NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD
8. NORAINI BT HUSSIN
9. NORMALA BT SUDIRMAN
10. NURI BT MUHAMMAD
11. YB DATO’ SITI ASHAH BT GHAZALI
12. DR ‘UYUN BT ABD MALEK
13. DR USWAH TWAHIR
14. WAN HASRINA BT WAN HASAN
15. YB ZURAIDA BT MD NOOR
16. DR WAN MARTINA BT WAN YUSOFF
17. YB ASMAK BT HUSSIN