22
Sun, Sep
35 Artikel Baru

Pekebun sayur Muslim CH akui rangsangan BMF

Nasional
Typography

CAMERON HIGHLANDS: Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan kunjungan ziarah penemui para peniaga asas tani di Kampung Taman Sedia, di sini kelmarin.

Lawatan tersebut diketuai sendiri oleh Pengerusi LATAS Muslimat PAS Malaysia, Salmah Ab Latiff yang disertai bersama Pengerusi-pengerusi LATAS Muslimat PAS Negeri-negeri.

Program ini bertujuan memberi sokongan dan melihat sendiri kegigihan para petani tersebut, selain meneroka peluang meluaskan lagi kejayaan serta manfaat yang wujud ke tempat lain.

Paling utama, penghasilan di Kampung Taman Sedia ini adalah diusahakan sepenuhnya oleh para petani Bumiputera, sekali gus menyumbang kepada kempen 'Buy Muslim First' (BMF).

Malah, para peniaga sayur-sayuran dari desa ini mengakui sejak kempen tersebut mereka mendapat kehadiran lebih 80 peratus pelancong Muslim ke sini hingga mengalami kesesakan.

Salmah turut menyifatkan kempen tersebut memberi kesan besar kepada golongan pekebun-pekebun kecil ini, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi Muslim Bumiputera. - HARAKAHDAILY 10/9/2019