18
Fri, Oct
34 Artikel Baru

Ahli PAS jadi pendukung dan benteng Muafakat

Nasional
Typography

TAMBUN: Ta'awun PAS dan Umno hingga membentuk Muafakat Nasional adalah dalam kerangka bertolongan dalam perkara kebaikan dan takwa sebagaimana yang amat dituntut oleh Islam.

Oleh itu peringat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik, ahli PAS mesti bersama mendukung dan menjadi benteng yang mempertahankan hubungan tersebut dari dirungkaikan.

"Dalam bab nak tolong Islam ini, tak perlu tunggu manusia sahaja, kalau syaitan iblis nak tolong pun kita terima. Tetapi ia mestilah di atas dasar yang betul," ujarnya menghurai dalam untuk difahami.

Kupasan tersebut dikemukakan beliau ketika mengisi program Tafaqquh Fiddin anjuran Dewan Ulamak PAS Kawasan Tambun didi Markas PAS Tanjung Rambutan, di sini baru-baru ini.

Berikutan masih juga terdapat kalangan ahli yang culas hadir ke majlis tarbiyah memahami hubungan tersebut, beliau mengutarakan antara perbahasan fiqh mengenai perubahan hukum.

"Apabila disamak kulit bangkai yang asalnya najis, maka ia menjadi suci untuk digunakan. Begitulah hukum boleh berubah di atas perubahan sesuatu keadaan," demikian antara sebahagian hujahnya.

Program berkala ini terus mendapat sambutan memberangsangkan dari ahli-ahli PAS Tambun dengan kehadiran meningkat di mana sekitar 300 ahli hadir pada majlis tersebut.

Ianya dilaksanakan setiap minggu dalam usaha PAS Tambun membentuk dan memperkemaskan fikrah ahlinya terutama dalam mendepani cabaran perubahan geopolitik pasca PRU14.

"Kemenangan PH merupakan satu hikmah Allah untuk 'memendekkan' kerja PAS dalam menerangkan kejahatan mereka, kerana mereka sendiri telah menunjukkan kelemahan dalam membuat keputusan (mengenai negara)," ujarnya pada majlis yang turut dihadiri Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said itu. - HARAKAHDAILY 21/9/2019

IMG 20190921 WA0040