18
Fri, Oct
32 Artikel Baru

Dewan Ulamak desak Adun DAP letak jawatan

Nasional
Typography

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) ingin merujuk kepada penahanan YB G Saminathan, Adun DAP Kawasan Gadek dan Adun DAP Seremban Jaya, P Gunasekaran kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas LTTE.

Seperti sedia maklum Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran adalah kumpulan pengganas yang beroperasi dengan menggunakan senjata api dan bom. LTTE antara kumpulan yang diharamkan oleh 32 buah negara termasuk Malaysia.

Berdasarkan penglibatan ekstremisme LTTE ini, pihak DUPP mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan mana-mana rakyat Malaysia samada secara langsung ataupun tidak di dalam kumpulan ini. Sesuai dengan perintah Allah dalam Surah As Saaffat ayat 2;

فَالزَّاجِرَاتِ زَجْرًا

(Hamba-hamba-Ku) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya.

DUPP menyatakan rasa kesal kerana Adun DAP Kawasan Gadek dan Adun DAP Seremban Jaya ini adalah pemimpin yang menguruskan masyarakat tetapi didakwa terlibat mempunyai ideologi ekstremisme.

Oleh itu pihak DUPP dengan tegas mendesak agar YB Saminathan Adun DAP Kawasan Gadek dan Adun DAP Seremban Jaya P Gunasekaran meletak jawatan kerana rakyat Malaysia seluruhnya menolak mana-mana pemimpin yang terlibat dengan kegiatan ekstremis, teroris dan militan.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pasir Puteh - HARAKAHDAILY 11/10/2019